Tentang Kami

GG Komiks adalah Aplikasi Web komik dalam bentuk digital no.1 di Malaysia sejak dilancarkan pada 1 Mei 2019 yang menjadi platform utama kepada para pengkarya seluruh Asia Tenggara bagi mempromosi dan mempersembahkan hasil karya mereka kepada peminat kartun terutamanya dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sebagai wakil tunggal kepada Creative Enterprise SDN BHD (penerbit bagi Majalah Humor Nasional tersohor Gila-Gila) , Syarikat GG Komiks SDN BHD selaku pemilik kepada Aplikasi Web GG Komiks juga bertanggungjawab dalam menerajui industri kartun dan komik bagi mengorak langkah lebih maju dan berupaya untuk terus berdaya saing seiring dengan perubahan teknologi dunia digital yang sedang pesat membangun.

Sejarah

Bermula dari terbitan pertama pada tahun 1978, Gila-Gila merupakan majalah humor pertama yang mencapai tahap penjualan yang optimum dan amatlah membanggakan ia masih diterbitkan sehingga hari ini. Majalah Humor Gila-Gila adalah Majalah yang telah menembusi pasaran Asia Tenggara dengan jayanya.

Majalah Gila-Gila sehingga kini:

Memiliki ratusan produk kreatif dan karya hebat dari kartunis tersohor tanah air.

Merupakan perintis Majalah Humor Pertama sejak April 1978.

Terus menjadi pemangkin fenomena sejak mula diterbitkan lebih 40 tahun dahulu sehingga kini.

Merupakan saluran perdana bagi hampir semua kejayaan dalam industri kartun dan komik, sangat dikenali dan melahirkan para karyawan yang hebat dalam industri ini.

Menjadi penanda aras dan rujukan yang berpengaruh dalam pembentukan identiti komik Malaysia.

Tarikh 1 April diangkat sebagai Hari Kartun Malaysia bersempena hari kelahiran majalah Gila-Gila (1 April 1978).

Nostalgia dan teknologi bersatu. Kini GG Komiks dan Gila-Gila berganding bahu untuk meneraju industri kreatif tanah air disamping memelihara tradisi, budaya dan identiti idustri komik Malaysia selaras dengan teknologi mendatang.